#ReviewApps: HaiBlogger! Laman Sembang Khas Untuk Blogger

by - Monday, March 31, 2014

ASSALAMUALAIKUM :)

apps hai blogger

HaiBlogger! Laman Sembang Khas Untuk Blogger | Pernah dengar satu apps yang dinamakan HaiBlogger!? Mungkin pernah dan mungkin juga ada di antara korang yang masih kurang mengenali jenama ini kerana apps ini masih baru.

Disebabkan jenama ini masih baru, mari kita berkenalan*ciwahhh* dan mengetahui apa tujuan HaiBlogger! diwujudkan. Apps HaiBlogger! diilhamkan oleh Halim Brothers (Brothers Network) dimana aplikasi ini membolehkan blogger berinteraksi antara satu sama lain atau dalam kata lain ianya merupakan laman chatting.
apps hai blogger
Tudiaaa!! Blogger cun sedang syok berchatting!!
Jadi, blogger boleh berchatting dengan blogger yang lain. Tidak kiralah apa yang disembangkan itu, seperti berkongsi pendapat atau apa-apa sahaja. Biasalah, laman chatting biasanya macam-macam yang akan dikongsikan oleh pengguna kan?

Terdapat 6 room dalam Apps HaiBlogger! ini. Room yang dimaksudkan ialah room Blogger Barat, Blogger Selatan, Blogger Timur, Blogger Utara, Selamat Datang dan room Sepetang Bersama Blogger 2014 (sempena SBB2014 yang baru sahaja berlangsung).
apps hai blogger

apps hai blogger

Korang pilih sahaja room mana yang korang nak masuk. Macam LN main masuk room jer walaupun LN blogger Timur. Opsss kantoi!!Hikhok :p

Walaupun tajuk entri HaiBlogger! Laman Sembang Khas Untuk Blogger, tak semestinya apps ini khas untuk blogger sahaja. Yang bukan blogger pun boleh muat turun apps ini. Kan Halim? :D Yela, bila blogger dan bukan blogger berchatting antara satu sama lain, ia akan merapatkan lagi ukhuwah antara blogger dan bukan blogger. Lagipun, bagi LN blogger ataupun bukan blogger sama sahaja. Jadi, yang bukan blogger jangan rasa segan untuk muat turun apps ini dan turut serta bersembang ok?

apps hai blogger

apps hai blogger

Kepada yang takut nak buka apps lain pada masa yang sama, kot takut terlepas apa yang disembangkan tu jangan risau tau sebab apps ini akan muncul notifikasi sekiranya ada seseorang yang hantar mesej. Tapi, sebelum tu korang kena tanda ✓ dahulu pada room mana yang korang nak notifikasi tu muncul. Kalau LN tanda ✓ kat semua room. Senang!
apps hai blogger

apps hai blogger

Nampak tak button Facebook dalam gambar tu? Haaa kalau tekan situ akan keluar pages HaiBlogger! Apa tunggu lagi! Meh pakat klik LIKE >> Hai Blogger <<.

Apps HaiBlogger! juga ada menyediakan room YouTube dimana setiap video dari youtube yang berkaitan akan dimasukkan dalam apps HaiBlogger! Setakat ini video promo Sepetang Bersama Blogger 2014 sahaja yang ada. Nanti masukkan banyak-banyak lagi ea Halim? Video masa SBB2014 tu ke. Nak juga tengok suasana disana sebab LN tak pergi. Sob sob :(

Haaa meh LN nak tunjuk komen-komen yang ada di Play Store ni. Daripada komen-komen tersebut dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakan bersetuju dengan kewujudan apps HaiBlogger! ini!

apps hai blogger

apps hai blogger

Apa tunggu lagi? Kalau rasa berminat untuk menjadi pengguna apps HaiBlogger!, korang boleh muat turun di sini >> KLIK << ataupun boleh sahaja masuk Play Store dan search Hai Blogger!.

Pengguna android bolehlah muat turun apps ini. Ada pengguna platform IOS yang berminat juga untuk menjadi pengguna apps HaiBlogger!? Sabar!! Ini kata Halim.

apps hai blogger

Apapun, yang sudah muat turun tu teruslah memeriahkan apps HaiBlogger! dan siapa yang belum muat turun silalah muat turun sekarang. Selamat berchatting!!

Nota: Setiap watermark yang diletakkan adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang cilok mencilok gambar tanpa izin/backlink berlaku. Gigih tau printscreen satu persatu gambar ni..hikhok :D

You May Also Like

14 reader dah komen