Khasiat Jus Tomato

by - Friday, April 18, 2014

ASSALAMUALAIKUM :)

Buah tomato sememangnya mempunyai banyak khasiat yang tak dapat kita dinafikan lagi. Namun begitu, bukan semua tahu tahu khasiat tersebut. Berikut LN kongsikan kepada korang tentang khasiat jus tomato.

Walaupun tomato banyak khasiatnya yang tersendiri, tak semua orang mampu menerima rasa tomato tersebut. Jadi, cuba hasilkan jus tomato dengan ditambahkan susu pekat manis serta asam limau nipis. Selepas itu, tambahkan ais dan bolehlah menikmatinya.

Berikut khasiat minum jos tomato yang dapat dikongsikan kepada pembaca blog linieynor.com.

Menyembuhkan penyakit paru-paru

Jus tomato segar adalah penyembuh semulajadi dari dalam, termasuk meredakan penyakit paru-paru, bronkitis, dan batuk kering.

Kaya antioksidan

Tomato mengandung lycopene. Lycopene salah satu jenis antioksidan yang mempunyai khasiat bagi melindungi kulit dari sinar UV matahari, sel tubuh, dan organ penting.

Melancarkan sistem pencernaan

Jus tomato juga berfungsi untuk melancarkan percernaan. Oleh itu, seeloknya jus tomato diminum terlebih dahulu sebelum makan sebagai makanan pembuka.

Sumber nutrisi untuk bayi

Vitamin C dan kalium yang terkandung dalam jus tomato sangat baik bagi ibu hamil kerana ibu hamil dapat menyalurkan nutrisi yang penting bayi dalam kandungan

Melawan penyakit kanser

Lycopene juga memiliki kemampuan untuk melindungi DNA dalam sel darah putih, sehingga sistem imun menjadi lebih kuat untuk melawan kanser.

Memberikan tenaga

Kandungan kalium dalam jus tomato boleh menghilankan rasa letih dan lesu. Setelah bersukan, meminum jus tomato sangat digalakkan seandainya ingin mendapatkan tenaga dengan cepat.

Mencegah penyakit jantung dari berulang

Kajian mendapati lycopene dalam jus tomato mampu mencegah penyakit jantung dari berulang. Jadi, pesakit tersebut disarankan minum jus tomato secara teratur.

Baik bagi pengidap kencing manis

Menurut sebuah kajian, jus tomato sangat mujarab dalam melancarkan pembuluh darah. Jus tomato ini sangat baik jika diminum oleh pengidap kencing manis.

Mencegah sembelit

Jus tomato yang dicampur dengan jus bayam boleh menyihatkan hati dan juga mujarab bagi mencegah sembelit.

kebaikan tomato

LN pun salah seorang yang tidak suka rasa tomato. Baru sekarang berkeyakinan nak minum jus tomato. Rupanya tak ada masalah untuk tekak menerima rasa jus tomato tersebut.hehe

You May Also Like

5 reader dah komen