Menarik! Alat Ini Mudahkan Urusan Melipat Baju

by - Saturday, April 12, 2014

ASSALAMUALAIKUM :)

mesin pelipat baju


Menarik! Alat Ini Mudahkan Urusan Melipat Baju | Adakah baju korang di rumah bersepah kerana tidak sempat untuk melipat baju-baju tersebut disebabkan tuntutan kerjaya? Tahukah korang kita boleh membuat atau mencipta satu alat atau "mesin" untuk melipat baju tanpa perlu mengeluarkan modal?

Alatan atau "mesin" pelipat baju tersebut mampu menjimatkan masa terutamanya pada korang yang sibuk bekerja. Untuk membuat atau mencipta alat ini, hanya kotak, pensel, pembaris, pisau dan pelekat diperlukan.
Selepas itu, korang boleh mula membuat alatan atau "mesin" tersebut. Korang keratkan kotak menjadi dua kepingan yang mana panjang 72 cm dan lebar 25 cm. Buat lagi satu kepingan kotak yang berukuran panjang 72 cm dan lebar 35 cm. Seterusnya, buat satu kepingan kotak yang panjang 36 cm dan lebar 25 cm. 

Untuk mengetahui cara membuat alatan ini dengan lebih jelas, boleh saksikan video tutorial di bawah ini!



Mudahkan? Laju jer lipat baju. Secara tak langsung ia boleh jimatkan masa korang kan :)

You May Also Like

8 reader dah komen