Terjah Top 40 Blogger Melayu Malaysia 2011

by - Monday, April 07, 2014

ASSALAMUALAIKUM :)

Jika korang mencari sebuah blog yang kandungannya terdiri daripada pelbagi jenis kategori, blog Pendekar Berkuda adalah jawapannya.

Sebelum itu, ayuh kenali dahulu siapakah Pendekar Berkuda. Adakah dia seorang pendekar yang suka menunggang kuda? Oh tidak! Katanya nama tersebut diambil kerana inspirasi kisah perjuangan pada zaman Islam. Wah menarik!! Pendekar Berkuda merupakan peminat tegar pasukan Chelsea. Sama dengan LN tapi bezanya bukan peminat tegar :P Dan kalau korang nak tahu, Pendekar Berkuda pernah menjadi Top 40 Blogger Melayu Malaysia 2011. Cayalahh!!

Selain itu, Pendekar Berkuda meminati karya Ramlee Awang Murshid. Sedikit info untuk korang, Ramlee Awang Murshid merupakan seorang penulis novel yang berasal dari Sabah. Antara novel yang dihasilkan ialah Mandatori dan Rangau. Boleh Google untuk info lanjut!

Kembali kepada tujuan asal entri ini ditulis adalah untuk mereview blog Pendekar Berkuda yang hensem, kacak, tampan dan...oppss terlebih pulak *mesti kembang hidung si Pendekar Berkuda ni*. Bagi yang belum terjah blog Pendekar Berkuda, boleh tengok gambaran blog di bawah ini. LN cantumkan menggunakan apps Cymera*macamlah korang nak tahu* hehe

review blog top blogger

LN pasti korang takkan menunggu lama bila masuk blog dan takkan sesekali klik X dalam masa yang cepat kerana loading blog Pendekar Berkuda agak laju. Masuk jer blog ni, korang akan disajikan dengan petikan beberapa artikel daripada beberapa kategori yang ada. Agak menarik tau sebab dengan cara ini pengunjung blog akan tertarik untuk melihat artikel seterusnya dan seterusnya. Memang tidak mustahil sekiranya artikel yang dihasilkan tu menarik. Yang paling penting tajuk gempak supaya menarik perhatian pengunjung untuk klik artikel yang dihasilkan.

Banyak lagi artikel daripada Pendekar Berkuda yang boleh korang baca. Hanya perlu klik di tab ARTIKEL. Untuk mengetahui info lebih lanjut perkara yang berkaitan blog, klik sahaja tab BLOG. Tab itu akan memaparkan artikel yang ditulis oleh Pendekar Berkuda perihal blog. Antaranya artikel mengenai kepentingan update entri di blog dan kesan dan akibat tukar blog dari blogspot ke wordpress. LN baca entri kesan dan akibat tukar blog dari blogspot ke wordpress membuatkan LN ingin setia dengan blogspot. Hee :D

Terus sahaja ke tab INFORMASI. Godek punya godek memang banyak juga artikel informasi yang ditulis oleh Pendekar Berkuda ni. Jadi, rajin-rajinkan diri korang untuk selongkar dalam tab INFORMASI ini sebab kemungkinan ada sesuatu yang korang nak cari tu akan terjumpa disini. Kalau tiada apa yang hendak dicari pun selongkar sahaja. Tak rugi malah boleh menambahkan pengetahuan. Antara artikel yang menarik perhatian LN ialah tentang kolej Unifield dan artikel bertajuk APA ITU SEKS? – BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN ZINA. Kaum Hawa bolehlah baca artikel tu..Moga ada kesedaran :)

review blog top blogger


Terjah pula ke tab SUKAN. Tab SUKAN pastinya memaparkan apa-apa sahaja artikel atau isu yang berkaitan sukan. Contohnya artikel bertajuk Siti Nurhaliza Tegur Khairy Jamaluddin Jangan Biadap. Ada kaitan dengan sukan, sebab itu artikel tersebut diletakkan dalam tab SUKAN. Tapi setakat ini tidak banyak artikel yang berkaitan sukan dalam blog Pendekar Berkuda.

Blog Pendekar Berkuda juga menyediakan pelbagai jenis tips. Jom selongkar artikel dalam tab TIPS ini. Antaranya tips yang boleh didapati ialah tips seo dan tips blogging. Tips untuk gembira pun ada.. Tudiaaa!!
Bukan itu sahaja, blog Pendekar Berkuda juga menyediakan artikel berkaitan Islamik. Korang boleh godek-godek sendiri di tab ISLAMIK. Antara artikel yang menarik perhatian LN ialah Nikah Yang Mudah Lagi Memudahkan. LN dah baca artikel tu. Nak baca jugak? Klik >> Klik Sini <<

Secara keseluruhan, LN amat berpuas hati dengan template blog Pendekar Berkuda. Walaupun simple, masih mampu menarik pengunjung untuk membaca artikel-artikel yang terdapat dalam blog tersebut berpaksikan tajuk-tajuk yang menarik dan yang pasti tidak lari tajuk. Seperti yang LN tulis di awal entri ini, kelebihan kelajuan loading blog Pendekar Berkuda juga merupakan faktor pengunjung memilih blog ini untuk dijadikan bahan bacaan online.

review blog top blogger


Dah habis baca entri ni? Sekarang pergi terjah blog Pendekar Berkuda >> Klik Sini <<

Psttt!!Kelakar rasa bila baca artikel Pendekar Berkuda yang tersilap bas masa nak pergi event Sepetang Bersama Blogger 2014..wkwkwkwk :p

review blog top blogger
Curi gambar di twitter Pendekar Berkuda..Jangan marah :P

You May Also Like

8 reader dah komen